Beri Sokongan Bukan Mengata......


Lumrah manusia suka mengata daripada memberi sokongan kepada orang yang sedang berusaha untuk menambah baik kehidupan yakni mencari rezeki yang halal. Tulisan ini bukan untuk memburukkan tetapi untuk memberi kesedaran kepada sesiapa yang membaca dan sentiasa memberi kata-kata negative kepada orang yang sedang berusaha meningkat taraf kehidupan dikala keadaan ekonomi yang sekarang yang agak sedikit parah, dan mungkin tulisan ini juga boleh memberi semangat kepada sesiapa yang di dalam keaadan yang saya nyatakan.

Seharusnya kita harus berbangga kerana terdapat ahli keluarga,kawan atau sesiapa sahaja di sekeliling terdekat kita yang ingin menjadi positif ke arah menambah baik kehidupan. Cabaran di zaman sekarang sangat hebat dikala keadaan ekonomi nya, sosial politik yang banyak memberi tekanan untuk yang berkeluarga malah yang masih bujang pun rasa sama apa yang berkeluarga rasa.

Oleh itu, saya tekankan berilah sokongan kepada orang yang ingin menambah baik kehidupan nya, apa yang dia ingin buat sokong atau beri cadangan bukan nya kita mengata, perli, atau keji. Kalau dia nak berniaga ka, nak menjual barang ka, menjalankan sistem MLM atau Affiliate janji ia nya halal, bukannya menipu orang.

Berharap dengan penulisan yang sedikit ringkas ini dapat membuka mata orang ramai..

Assalamualaikum.

Klik Clixsense untuk daftar..



Catatan popular daripada blog ini

Ruhil And Metal Child - Suratan Tersirat

JIKA ASAS PERKAHWINAN....